Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, January 27, 2009

Change!

Perubahan Sikap.

” Contoh teladan dan tindakan seorang lebih berkesan daripada syarahan seribu orang dalam merubah seseorang”

” kejayaan akan dicapai dalam apapun bidang apabila seseorang itu dapat memahami, mengikuti dan mencontohi minda, emosi dan tindakan orang yang telah berjaya” Anthony Robin

” kejayaan hanya dicapai dengan cara menduplikasi seluruh dimensi hidup orang yang telah berjaya” Anthony Robin

” umat ini tidak akan dapat diperbaiki melainkan dengan cara umat-umat terdahulu telah diperbaiki” Umar al Khattab/ Imam al Banna

” perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain” Mustafa Masyhur

” apabila tersebarnya akhlak imaniah, jiwa-jiwa yang bersih, warak dan sentiasa beristighfar dalam sesuatu generasi bererti kejayaan Islam sudah hampir” Muhammad al-Rasyid

” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” Mustafa Masyhur

” Tidak ada ertinya berjalan beribu batu untuk membuat perubahan, tetapi pisahkan dirimu daripada kongkongan hawa nafsu walau selangkah akan tercapailah maksudmu” Al-Awaiq.

Perubahan sebenar dalam diri manusia ialah perubahan sikap.

Sikap adalah tingkahlaku manusia di dalam kehidupan ini yang membentuk watak diri seseorang.

Contoh sikap yang positif ialah:

1. Berdisiplin
2. Bertanggungjawab
3. Berdayausaha
4. Beristiqamah
5. Menguasai diri ( nafsu/perasaan)
6. Proaktif
7. Kreatif
8. Inovatif
9. Berani
10. Benar.

Antara sikap positif yang lebih syumul.

Berkerja dan berusaha mendidik masyarakat supaya memiliki identiti Islam yang positif dan syumul. Sebaliknya sikap yang negatif ialah berdiam diri terhadap permasalahan yang dihadapi ummah dan hanya mementingkan diri sendiri.

Dalam agenda perubahan gerakan Islam, usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengubah sikap negatif masyarakat supaya memiliki sikap yang positif yang sentiasa berusaha dan berjihad ke arah merubah realiti ummah yang berada ditahap yang lemah supaya mereka kembali menjadi pemimpin kepada manusia.

Dorongan manusia bersikap dengan sesutu sikap ialah emosi dan perasaannya sama ada kerana dia suka atau kerana dia takut kepada sesuatu. Emosi suka atau takut kepada sesutu lahir daripada kesedaran terhadap sesuatu perkara tersebut. Kesedaran adalah berpunca daripada sesuatu maklumat yang mencapai tahap dzan akan kebenarannya. Maklumat yang mencapai ketahap dzan terhadap kebenarannya adalah maklumat yang berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Bukti ini biasanya boleh dicapai oleh pancaindera manusia.

Untuk mengubah sikap memerlukan beberapa langkah.

Sedar Sebelum Berubah (SSB)

Imam Ibnu Qayyim menamakan peringkat ini sebagai al-Yaqzah (kesedaran). Kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak-hak Allah melahirkan perasaan al-Khauf ( takutkan Allah ) Perasaan ini menimbulkan keinsafan dan kemahuan untuk berubah.

Lantaran itu
Langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang membuahkan keinsafan.

1. Mengetahui apalah sikap yang hendak diubah.

2. Menyedari dan mengisafi kenapa perlu mengubah sikap tersebut.

Langkah kedua, Melukiskan plan perubahan diri

Langkah ke 3. Berusaha mengubah dengan membuat latihan amli.

Langkah ke 4. Hidup dalam persekitaran yang positif.


Contoh teladan dan dorongan luaran boleh membantu perubahan.

Al quran menggunkan kaedah cerita dan kisah-kisah dalam menonjolkan sikap-sikap positif yang boleh dicontahi dan sikap-sikap negatif yang perlu dijauhi. Rasulullah s.a. menjadi contoh kepada para sahabat dan genrasi salaf menjadi contoh kepada generasi masa kini. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh dan syuhada’ kepada orang-orang bukan Islam.

Melalui kisah-kisah ini kita dapat memahami sikap yang betul, kepentingan dan kesannya dan akibat negatif jika kita tidak memilki sikap tersebut disamping membantu minda kita memahami dan menggambarkan sikap tersebut untuk dicontohi.

Kisah nabi Sulaiman yang bersyukur dan Firaun yang takabbur adalah dua kisah yang berbeza yang diceritakan oleh al-Quran.

Penulis Barat seperti Anthony Robin memahami sunnah kejayaan dengan hanya mengkaji sejarah kejayaan orang-orang yang berjaya dan mencontohi mereka. Oleh kerana sikap manusia adalah kombinasi pemikiran dan kefahahaman, emosi dan amalan yang membentuk kejayaan seseorang maka sesorang yang ingin berjaya perlu memiliki sikap seorang yang berjaya.

Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.

Sikap Muslim Yang Diperlukan Masa Ini.

Iman al Syahid Hassan al Banna menyimpulkan terdapat 10 ciri asas keperibadian muslim yang perlu diwujudkan bagi menjadikan mereka bergerak dan beramal untuk Islam.

1. Tubuhbadan yang sihat dan kuat.

2. Aqidah yang sejahtera

3. Ibadah yang betul

4. Budiperkerti yang mantap.

5. Akal yang berilmu.

6. Kehidupan yang tersusun

7. Memelihara masa

8. Bermujahadah melawan nafsu.

9. Mampu berusaha

10. Bermanfaat kepada orang lain.

Keempat-empat langkah merubah sikap disimpulkan dalam jamaah Ikhwan Muslimin sebagai proses Tarbiah.

Monday, January 12, 2009

Mengharungi Samudera Kehidupan

Bingkai Kehidupan

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Seguris luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah Ghayatuna
ArRasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabillah
Asma Amalina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Sunday, January 11, 2009

Mari mengorak langkah!

Dikala orang lain merangkak, aku masih tidur.
dikala orang lain berjalan, aku masih tidur.
dikala orang lain berlari, aku baru tersedar.

sudah terlambatkah aku?

aku perlu lakukan lebih dari berlari!

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan keazaman,
bantulah dan permudahkanlah jika aku bertemu halangan.