Monday, January 12, 2009

Palestin,Apa Peranan Kita?

Buat manusia yang masih punya sekelumit rasa kasih dan sayang, isu palestine bukan semata-mata isu agama, bahkan isu kemanusiaan.

Tanah palestin dahulunya damai di bawah pemerintahan empayar Islam , yahudi , kristian dan islam masing-masing diberikan kedamaian berada di bawah kedaulatan pemerintahan islam. Sehinggalah kejatuhan Kerajaan Islam di Turki.

Penghapusan etnik dan pembantaian manusia di bumi palestin tidak pernah berhenti bermula 1948 sehinggalah ke hari ini.

Ianya terjadi hanya disebabkan dunia membenci puak Yahudi / Bani Israel di segenap pelusuk dunia sehinggalah timbul idea menghimpunkan puak-puak yahudi ini di suatu tempat.

Mengapakah isu holocaust yang dikatakan membunuh hampir 2 juta orang yahudi terlalu di ambil berat?

Sedangkan mangsa perang dunia kedua yang melebihi 60 juta orang yang terdiri dari muslim, kristian dan pelbagai agama ini tidak diambil kira?

Mengapakah penduduk palestin yang tidak pernah menzalimi yahudi-yahudi di benua eropah dan serata dunia yang lainnya dijadikan mangsa pendudukan yahudi di negara mereka?

Mengapakah kebencian bangsa-bangsa eropah kepada yahudi bersangkut paut pada penduduk palestin yang tidak pernah berbuat apa-apa kezaliman pada bangsa yahudi ini dijadikan mangsa yang tidak berkesudahan sehingga kini?

Tangisan anak-anak kecil kelaparan menanti diberikan secebis rasa kasih sayang, wanita-wanita yang hampir putus air matanya kehilangan suami dan anak-anak dibunuh, diculik, dipenjara. Orang-orang tua yang sudah hampir merasa putus harapan terhadap masa depan.

Apakah sudah tiada lagi perasaan di hati? Dimanakah nilai kasih sayang? Dimanakah perginya lautan kebersihan hati seorang mukmin terhadap saudaranya? Sudah hilangkah jiwa yang mengerti kesusahan , yang mahu mengesat air mata dari tumpah lagi?

Cukuplah penderitaan yang dialami mereka menanti kita untuk bangkit semula sebagai bangsa yang mampu mengelak lagi kezaliman, membuahkan harapan, menerbitkan kegemilangan, mengesatkan air mata yang mengalir juga menghentikannya dari tumpah lagi.

Dimana kita?

Mari sama-sama kita menyumbang di atas sebuah keperihatinan juga di atas ikatan persaudaraan yang berteraskan ”Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad pesuruh Allah ”.

Sumbangan terbesar adalah pendidikan.

Kita bina generasi kita sebaik mungkin, agar hari kemudian ada sinar buat saudara kita disana.

Kita usaha membina kader-kader , agar pembinaan kader-kader ini akan menyumbang di kemudian hari nanti.

1. Ambil peduli (buat carian tentang isu ini secara mendalam, mengapa, kenapa, berapa, dimana adalah persoalan yang perlu untuk dijawab)

2.Sumbangan (apa sahaja sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit, komitmen diri, jajaan mulut )

3. Sebarkan mulut-mulut pada kawan-kawan, teman-teman, makcik-makcik, pembawa-pembawa teksi, pemandu-pemandu bas, dan mereka-mereka yang suka membawa mulut,mereka-mereka yang selalu bersama manusia, berikan mereka cerita ini kefahaman, dan mereka akan menjaja isu-isu ini.

4. sumbangan kita disusuli dengan usaha pemboikotan pada produk-produk yang membawa kepada meningkatnya sumbangan pada negara israel. boikot barangan amerika, boikot barangan israel.

5. teruskan usaha ini sehingga satu saat yang pasti.

6. Tingkatkan doa kita, doakan agar Allah membuka hati-hati manusia dengan hidayahnya, doakan agar Allah meningkatkan ketabahan buat saudara kita di palestin.

7. Pembinaan kader-kader dakwah juga sebagai pejuang perlu ditingkatkan agar pembinaan daulah islamiyah kita berjaya bangunkan yang dengan sendirinya ia akan membantu menghentikan pembantaian saudara kita di sana.

ini hanya cebisan dari apa yang boleh kita lakukan.

———————————————————————————————

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT



No comments: